Total Pageviews

Thursday 20 October 2011

KONSEP PENTAKSIRAN

            Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.  Pentaksiran  merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Bahkan, pentaksiran turut berperanan sebagai satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.. aktiviti ini dijalankan secara berterusan.

           
Tujuan Pentaksiran

·         Merupakan proses  mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

·         Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

·         Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pembelajaran dan pengajaran untuk memperbaiki pengajaran-pembelajaran

·         Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid

·         Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif

·         Merancang dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan

·         Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran



KONSEP PENGUJIAN

Pengujian ialah proses atau prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian murid yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian murid dalam sesuatu sesi pembelajaran.

            Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau murid.

Menurut Cronbach (1970)

“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.



            Bagi menjelaskan contoh skala bernombor biasanya merujuk kepada angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test)  dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran  seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstovert” atau”introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan.

            Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku seperti kenyataan di atas dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

Ujian  adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.

(Raminah 1991:2)

            Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar maka, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Jelasnya, pengujian dapat memperlihatkan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

            Lazimnya, proses pengujian bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan atau pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada murid-muridnya telah menguasai pengetahuan atau sikap yang ingin disampaikan oleh guru.

            Tuntasnya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat yang dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, bahkan samaa pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.



KONSEP PENILAIAN

Penilaian dapat didefinisikan sebagai satu proses untuk menghasilkan nilai kuntitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat ditafsirkan sebagai satu proses atau prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran yang bertujuan untuk member maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

.

 

No comments:

Post a Comment