Total Pageviews

Tuesday 25 October 2011

numerical literacy: enrichment & remedial

WHAT IS ENRICHMENT ACTIVITIES?

      An enriched activity is designed to get your students talking about Mathematics. Each of the enrichment worksheet in Mathematics should begins with an activity to introduce a mathematics concept through a strategic game with inherent Mathematics content or through a challenge that can be solved using onscreen manipulative. When students are ready, they move on to more difficult activities to stimulate discussion and learning. These enrichment activities in classroom introduce new strategies and help students synthesize the ideas introduced in the initial activity.

      Many group activities involved an entire classroom to find the answers. Others are more suited to individual or online explorations. What ever the strategy and techniques that were used by teacher, students will enjoy the unusual perspective of the enrichment activities that teacher takes on mathematics, bringing practical applications to important Mathematical concepts and helping students gain insight into a subject that can be challenging for many. This is the kind of activities that can turn students on to Mathematics in a positive way.

 Enriched Mathematics activity can be used either as a class activity or as an individual activity. In class activity, students work together to figure out the best or different strategies to solve each Mathematic challenge. By presenting their ideas to each other, students are able to build more convincing mathematical arguments and, in the process, a deeper understanding of math.

      As an individual activity, teacher can have the students to complete these activities as part of their regular assignments. Enriched Mathematics is also an ideal enrichment activity for students who finish their class work ahead of their classmates.


WHAT IS REMEDIAL ACTIVITIES?

            Remedial Mathematics activities were designed to help remedial students increase Mathematics proficiency on topics involves. The activities developed sometimes can come complete with questions, "cards," or sample game boards. These remedial activities will make new learning meaningful by relating practice of sub skills to the performance of the whole task, and by relating what the student has learned about mathematical relationships to what the student will learn about mathematical relationships.

        Students who need remedial Mathematics activities may benefit from alternative types of instruction. These students may not learn well from traditional classroom lectures and practice worksheets, so giving them more lessons and worksheets may only frustrate them. When we are teaching remedial student, we may want to consider using hands-on activities and inquiry based lessons. These will draw on student discovery and creativity to keep them interested. The teacher knows that boredom is the enemy of learning. By doing the remedial activities, it will encourage students to go on to the next challenge once a step is learned, understanding that not all students learn at the same pace.

In the remedial activities, students will interact with each other as well as working independently, just as adults do at work. Teacher can used text books as it is only one of many resources. Manipulative such as blocks and scales; and technology, such as calculators and computers, are useful tools, and students should be learning how and when to use them. Mathematics inquiry lessons are student-focused. Teachers give students materials and minimal direction; students then explore the topic and construct their own meaning. By changing the type of instruction the teacher give to struggling mathematics students, we may figure out exactly what kind of Mathematics help students need to succeed.

Sunday 23 October 2011

TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING

PENGENALAN

Pendekatan  TGFU sebenarnya telah diperkatakan lebih dari dua dekad dan bermula di United Kingdom pada awal 1980an. Thorpe,Bunker dan Almond merupakan antara perintis yang menerajui model pendekatan TGFU ini. Konsep pendekatannya yang mesra kanak-kanak dan sesuai dengan fitrah kanak-kanak yang gemar bermain menjadikannya istimewa.

            Idea untuk memperkenalkan TGFU tercetus apabila didapati para pelajar kurang berminat terhadap pelajaran Pendidikan Jasmani yang menekankan kepada prestasi penguasaan kemahiran, pengetahuan atau teknik sesuatu permainan dan pergantungan terhadap jurulatih atau guru untuk membuat keputusan dalam sesuatu permainan.

            Sehubungan dengan itu, kepelbagaian jenis permainan yang  sedia ada menjadi asas kepada pendekatan ini. Dalam konteks ini, pelajar bukan sahaja harus mengetahui apa yang perlu untuk kejayaan sesuatu permainan,  malah yang lebih penting lagi bila dan mengapa untuk membuat keputusan yang dinamik dalam sesebuah permainan. Tuntasnya, model TGFU bukan sahaja melahirkan pemain yang lebih bak dan berpengetahuan malahan turut memotivasikan peserta semasa mengambil bahagian dalam pelbagai permainan.

            Melalui pendekatan ‘Saya Boleh’ pelajar boleh mengambil bahagian dalam permainan yang sesuai dengan tahap perkembangan kemahiran mereka pada ketika itu. Lebih-lebih lagi, mereka dapat meningkatkan pemahaman yang dinamik terhadap asas-asas permainan yang akhirnya menjadikan mereka lebih bersedia dan termotivasi untuk melabur masa dan tenaga yang diperlukan dalam meningkatkan kemahiran teknikal mereka seterusnya merealisasikannya dalam permainan sebenar.

KONSEP DAN DEFINISI TGFU

Dalam melahirkan ahli sukan dan pemain yang berkualiti, pendedahan terhadap disiplin sukan perlulah didedahkan pada peringkat awal lagi seperti pada peringkat pra sekolah atau sekolah rendah. Namun, terdapat pelbagai kekangan dalam memperkenalkan  sesuatu sukan permainan, contohnya pelajar kita yang berumur   5 – 9 tahun tidak sesuai lagi dari segi fizikal untuk bermain bola sepak menggunakan ukuran padang yang piawai seperti orang dewasa begitu juga dengan acara sukan lain. Infrastruktur yang sedia ada juga merupakan kekangan utama misalnya, gelanggang dan alatan. Undang-undang permainan yang sukar difahami dan dikuasai turut menjadi masalah. Dalam situasi ini, pendekatan TGFU amat sesuai diaplikasikan.

            Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainan  diadaptasi daripada  permainan sebenar tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari aspek fizikal, sosial serta intelek mereka dan infrastuktur yang bersesuaian. Dalam sesuatu permainan TGFU prosedur berpasukan dan gelanggang permainan turut  diubahsuai mengikut kesesuaian.

Seterusnya, penekanan diberikan kepada apresiasi permainan seperti aspek peraturan permainan atau undang-undang yang diubahsuai serta diberi variasi untuk menarik minat pemain. Pelajar juga diberi peluang dan ruang untuk mencuba di pelbagai posisi yang berlainan. Dalam erti kata lain, permainan TGFU mempunyai undang-undang permainan yang mengandungi peraturan-peraturan yang minimum dan senang difahami serta ditafsir.

Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa proses permainan dalam usaha untuk mengatasi pihak lawan. Bimbingan yang berterusan daripada jurulatih atau guru akan memantapkan pemahaman pelajar terhadap kesedaran taktikal iaitu aspek prinsip pergerakan, ruang dan masa, situasi lanjut dan cara mengesan kelemahan pihak lawan. Sesi perbincangan  amat digalakkan sebagai proses untuk membolehkan pelajar mendalami  idea dan memahami penyelesaian masalah taktikal.

Selain itu, secara tidak langsung para pemain akan berhadapan dengan situasi yang bakal membimbing mereka ke arah kemahiran membuat keputusan seperti, menilai situasi untuk menentukan apa yang perlu dilakukan, mengenalpasti dan menjangkakan kemungkinan serta membuat tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.

Permainan dalam bentuk ini melibatkan satu atau lebih kemahiran asas, malah pendekatan ini berkonsepkan ansur maju dengan mempraktikkan kemahiran yang mudah dan yang telah dikuasai. Penguasaan kemahiran sedia ada akan membantu untuk menghasilkan pergerakan sebenar dalam situasi permainan.

Prestasi kemahiran dan penguasaan strategi dinilai mengikut kriteria berasaskan kebolehan individu. Kriteria ini memberi fokus kepada keupayaan pemain bertindak balas terhadap teknik-teknik tertentu. Permainan TGFU ini sebenarnya menjadi medan untuk para pemain mengasah bakat dan seterusnya membentuk kemahiran yang kukuh bagi menyediakan pemain ke peringkat yang lebih tinggi.

Pendekatan TGFU ini menyarankan agar teknik diperkemaskan apabila pelajar sudah menguasai taktik dan strategi yang secara teknikalnya diperolehi semasa permainan TGFU dilaksanakan. Kemahiran diperkenalkan dalam bentuk permainan dan bukannya latih tubi terhadap kemahiran itu sendiri.

Dalam konteks ini, konsep TGFU dalam perspektif Pendidikan Jasmani di Malaysia hampir menyamai perlaksanaan  sukan mini. Ringkasnya, pendekatan ini membolehkan serta memudahkan proses pemahaman pelajar serta memberi motivasi kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran setelah melihat kepentingan kemahiran dalam pertandingan.


   


  


  
 









Friday 21 October 2011

masalah membaca murid pemulihan

JENIS MASALAH MEMBACA

            Untuk mengenalpasti jenis masalah membaca, beberapa aktiviti tertentu boleh dilakukan oleh guru.   Terdapat beberapa jenis masalah membaca yang kerap dihadapi oleh murid-murid.  

i.          Membuang atau meninggalkan huruf atau perkataan.

             Jenis masalah ini ketara apabila murid tidak membunyikan atau meninggalkan bunyi huruf, perkataan dan imbuhan.  Contohnya “kuah” disebut “uah”, “sering” disebut  “serin”.  Perkataan tertentu di dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca.  Contohnya, “ Meja itu sangat berat”, dibaca sebagai “Meja itu berat:”  Adakalanya murid meninggalkan imbuhan tertentu contohnya dalam perkataan “melindungi” disebut sebagai “melindung”

ii.         Mengulang perkataan

            Murid yang berhadapan dengan masalah membaca kerap  mengulang-mengulang perkataan atau suku kata tertentu semasa membaca.  Perbuatan mengulang ini mungkin disebabkan murid tidak tahu untuk membunyikan perkataan seterusnya selepas sesuatu perkataan tertentu dibaca.





iii.        Menggantikan huruf atau perkataan

            Kadangkala, murid yang belum menguasai kemahiran menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca.  Contohnya “ladang” disebut “lalang”.  Kadangkala, terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga mengubah maksud ayat tersebut.

iv.        Menambah huruf atau perkataan

            Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca.  Contohnya perkataan “ buah” akan dibaca sebagai “buwah”.  Perkataan tertentu juga ditambah dalam ayat.  Contohnya “ Saya suka makan roti” dibaca sebagai “ Saya sangat suka makan roti”

v.         Huruf atau perkataan dibaca terbalik

            Contohnya perkataan “bala” dibaca sebagai “laba”.  Contoh ayat yang dibaca terbalik ialah “ Dia makan nasi” dibaca sebagai “Dia nasi makan”

vi.        Tidak kenal huruf

            Ini merupakan masalah utama dalam membaca.  Kanak- kanak yang tidak mengenal huruf akan gagal untuk membaca dengan baik.  Murid akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau meneka sahaja huruf tersebut. 

vii.       Salah sebutan

            Apabila murid tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf, mereka akan cenderung untuk melakukan kesalahan dalam menyebut huruf atau perkataan tersebut.  Ini menyebabkan perkataan tersebut tidak bermakna dalam konteks ayat berkenaan.

viii.      Masalah memahami bahan bacaan

            Antara masalah dalam memahami bahan bacaan ialah gagal memahami maksud perkataan dan frasa, gagal membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam teks, lambat memberi tindak balas kerana tidak memahami arahan yang dibaca, gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan seterusnya tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah dan lain-lain dalam bahan bacaan.

PUNCA ATAU FAKTOR MASALAH MEMBACA

            Menurut Guy L.B dan rakan-rakan (1994), punca masalah membaca boleh boleh dibahagikan kepada tiga faktor utama iaitu faktor fizikal, faktor kognitif dan bahasa serta faktor emosi, persekitaran dan pendidikan.

Faktor Fizikal

Antara faktor fizikal yang boleh mempengaruhi masalah membaca ialah masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan dan masalah neurologikal iaitu kerosakan otak seperti serebral palsi, aphasia, terencat akal dan lain- lain.

Selain dari itu, faktor fizikal juga melibatkan masalah kesihatan.  Contohnya seperti berikut:

i.          Kekurangan makanan berzat akan merosakkan kesihatan murid seterusnya mempengaruhi kesediaan murid untuk belajar.  Mereka tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru, kurang bersemangat untuk menyiapkan kerja dan cepat letih.

ii.         Murid yang kurang sihat mudah diserang pelbagai penyakit dan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran.

Faktor Kognitif dan bahasa 

            Murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah dan terencat akal akan menghadapi masalah serius dalam menguasai kemahiran membaca.  Ia berkait rapat dengan keupayaan mental murid tersebut.  Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjdai sangat sukar.  Antara simtom-simtom murid yang berhadapan dengan masalah ini ialah lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan lain-lain.

            Faktor bahasa pula melibatkan bahasa penerimaan yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis. 

Faktor emosi, persekitaran dan pendidikan

            Masalah membaca selalunya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak.  Ia juga berkait rapat dengan masalah psikologi.  Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca.  Kegagalan membaca menjadikan murid kecewa dan menjejas emosi mereka. 

Faktor persekitaran bagi murid yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga dan lain-lain akan menjejaskan pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca.

 Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan dan lain-lain.

Thursday 20 October 2011

KONSEP PENTAKSIRAN

            Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.  Pentaksiran  merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Bahkan, pentaksiran turut berperanan sebagai satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.. aktiviti ini dijalankan secara berterusan.

           
Tujuan Pentaksiran

·         Merupakan proses  mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

·         Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

·         Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pembelajaran dan pengajaran untuk memperbaiki pengajaran-pembelajaran

·         Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid

·         Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif

·         Merancang dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan

·         Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran



KONSEP PENGUJIAN

Pengujian ialah proses atau prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian murid yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian murid dalam sesuatu sesi pembelajaran.

            Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau murid.

Menurut Cronbach (1970)

“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.



            Bagi menjelaskan contoh skala bernombor biasanya merujuk kepada angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test)  dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran  seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstovert” atau”introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan.

            Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku seperti kenyataan di atas dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

Ujian  adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.

(Raminah 1991:2)

            Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar maka, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Jelasnya, pengujian dapat memperlihatkan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

            Lazimnya, proses pengujian bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan atau pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada murid-muridnya telah menguasai pengetahuan atau sikap yang ingin disampaikan oleh guru.

            Tuntasnya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat yang dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, bahkan samaa pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.



KONSEP PENILAIAN

Penilaian dapat didefinisikan sebagai satu proses untuk menghasilkan nilai kuntitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat ditafsirkan sebagai satu proses atau prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran yang bertujuan untuk member maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

.

 

Wednesday 19 October 2011

perbezaan antara strategi, pendekatan, kaedah & teknik

1.    KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU



PENDAHULUAN

            Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu perlu bergerak seiring dengan kemajuan dan pembaharuan dalam pendidikan hari ini.  Objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin sama, tetapi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru mestilah sentiasa pelbagai dan bersesuaian dengan keadaan sekarang.  Untuk itu, guru perlu benar-benar memahami konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik.

KONSEP STRATEGI

            Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.  Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara.  Dalam bidang pendidikan secara umumnya, strategi ialah kebijaksaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.

 Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu pula, strategi merujuk kepada suatu cara atau langkah atau tindakan yang harus dilakukan oleh guru bahasa untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.  Ia lebih menjurus dan menumpukan pencapaian atau hasil pembelajaran.

            Antara strategi yang boleh dijadikan panduan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian teknik, kepelbagaian sumber bahan, penggunaan tatabahasa yang tepat, pengajaran dan pembelajaran bertema, bacaan luas, penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan.







 KONSEP PENDEKATAN 

            Pendekatan ialah cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas ( Kamus Dewan, 1998).  Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialas satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.  Pada tahun 1986, Jack Richards dan Theodore Rodgers telah mengemukakan konsep kaedah sebagai 3 elemen iaitu pendekatan (andaian), reka bentuk (perhubungan antar teori, aktiviti dan bahan) dan prosedur (teknik dan praktikal).

Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu contohnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran.  Kesimpulannya, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana bahasa Melayu diajarkan untuk mencapat objektif.

            Antara pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan komunikatif dan pendekatan oral.

KONSEP KAEDAH

            Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dengan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. 

Dari perspektif pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah ialah cara atau peraturan yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik.  Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran yang spesifik dalam jangka pendek.  Dalam erti kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

Kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa ialah kaedah natural, kaedah tatabahasa terjemahan, kaedah terus, kaedah askar, kaedah ajukhafaz, kaedah linguistik, kaedah kod-kognitif, kaedah situasional, kaedah bahasa komunikasi, kaedah oral-aural, kaedah penglibatan tindak balas fizikal dan kaedah suggestopedia.

KONSEP TEKNIK

            Kamus Dewan edisi ketiga menyatakan teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

            Teknik menurut Edward M. Anthony pula ialah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru bagi mencapai hasil segara dan maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

            Kamaruddin B. Hj. Husin dan Siti Hajar B. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

            Di bawah konteks pengajaran bahasa, teknik ditakrifkan sebagai kemahiran atau kecekapan guru digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

            Terdapat pelbagai teknik dalam pengajaran bahasa.  Antaranya ialah teknik main peranan, latih tubi, bercerita, inkuiri, perbahasan, kuiz, sumbangsaran, soal jawab, simulasi, drama, perbincangan, forum, dialog, permainan bahasa, bercakap, menyanyi, perbualan telefon, penyelesaian masalah, tunjuk cara, penyampaian berita, penyampaian laporan, bersyarah, berpuisi dan teknik bermesyuarat.



















RINGKASAN KONSEP



ITEM

KONSEP
CONTOH
Strategi
Langkah untuk mencapai objektif pelajaran.
Pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian teknik, kepelbagaian sumber bahan.

Pendekatan
Cara objektif pelajaran dicapai.
Pendekatan induktif, deduktif, eklektik.

Kaedah
Cara mendekati objektif pelajaran dengan langkah pengajaran yang tersusun.

Kaedah natural, terjemahan, ajukhafaz, linguistik.
Teknik
Kemahiran guru untuk mengelolakan kaedah pengajaran.

Main peranan, latih tubi, bercerita, inkuiri.